Sumbangan Insentif Pendidikan Staf (IPS) kepada tiga orang staf Pejabat RISDA Negeri Sarawak telah disampaikan oleh Encik Shaharuddin bin Saberi, Pengarah RISDA Negeri Sarawak pada 4 November 2024 di Pejabat RISDA Negeri Sarawak.
SUMBANGAN SKIM BANTUAN YAYASAN RISDA NEGERI KELANTAN
Sumbangan Insentif Pendidikan Staf (IPS), Skim Bantuan Anak Istimewa (SAIS) dan Skim Bantuan Pesakit Kronik (SBPK) kepada lapan orang staf RISDA dan satu orang staf RISDA Plantations Sdn. Bhd. (RPSB) Negeri Kelantan telah disampaikan oleh Encik Azamin bin Kamarudin, Pengurus PSM dan Korporat pada 22 Oktober 2024 di Pejabat RISDA Negeri Kelantan.
SUMBANGAN SKIM BANTUAN YAYASAN RISDA NEGERI PERLIS DAN KEDAH
Sumbangan Insentif Pendidikan Staf (IPS), Skim Bantuan Anak Istimewa (SAIS) dan Skim Bantuan Pesakit Kronik (SBPK) kepada satu orang staf RISDA Negeri Perlis dan lapan orang staf RISDA Negeri Kedah telah disampaikan oleh Encik Wan Mohd Hafiz bin Wan Ibrahim, Caretaker Yayasan RISDA pada 20 Oktober 2024 di Pejabat RISDA Negeri Kedah.
SUMBANGAN SKIM BANTUAN YAYASAN RISDA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Sumbangan Insentif Pendidikan Staf (IPS), Skim Bantuan Anak Istimewa (SAIS) dan Skim Bantuan Pesakit Kronik (SBPK) kepada 14 orang staf Ibu Pejabat RISDA dan Kumpulan RISDA Holdings telah disampaikan oleh Puan Haniza binti Ab Shukor, Timbalan Ketua Pengarah RISDA (Pengurusan) pada 10 Oktober 2024 di Auditorium Sultan Ahmad Shah, Ibu Pejabat RISDA, Kuala Lumpur sempena Majlis Perhimpunan Bulanan anjuran Bahagian Kewangan dan Belanjawan.
SUMBANGAN VAN JENAZAH MASJID DARUN NADWAH FELDA PENGELI TIMUR
Sumbangan sebuah van jenazah kepada Masjid Darun Nadwah FELDA Pengeli Timur, Bandar Tenggara, Johor telah disampaikan oleh YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA dan Yayasan RISDA pada 6 Oktober 2024.
SUMBANGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT RISDA
Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) RISDA berupa 200 pek makanan dan minuman kepada penerima Sijil Kemahiran Malaysia dan Diploma Kemahiran Malaysia sempena Majlis Konvokesyen Belia Mahir Kali Ke-7 Tahun 2024 telah disampaikan oleh Puan Che Raslin binti Che Rashid, Pengurus Kewangan Yayasan RISDA pada 21 Ogos 2024 di International Youth Centre, Kuala Lumpur.

















