LATAR BELAKANG
Yayasan RISDA ditubuhkan pada 21 Februari 2013 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA Kali Ke-224. Setelah melalui beberapa peringkat penilaian dan kelulusan oleh YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) pada 15 April 2015 dan YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 5 November 2015, Yayasan RISDA telah mendapat kelulusan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan diperbadankan pada 22 Disember 2015. Yayasan RISDA secara rasminya memulakan operasi pada 4 Januari 2016.
OBJEKTIF PENUBUHAN
- Yayasan RISDA ditubuhkan untuk mewujud, mengurus dan mentadbir dana bagi faedah dan kebajikan khusus untuk pekebun kecil RISDA, warga RISDA dan Kumpulan RISDA Holdings serta pesara RISDA termasuk ahli keluarga terdekat dan amnya rakyat Malaysia melalui latihan dan pendidikan, pembangunan sukan dan kesihatan, rangsangan sosio-ekonomi dan kebudayaan serta peruntukan kemudahan tambahan.
- Yayasan RISDA bertanggungjawab untuk mewujud dan menyediakan dana kepada golongan miskin, orang kelainan upaya, anak yatim dan ibu tunggal melalui peruntukan derma, bantuan kewangan dan kemudahan lain yang diperlukan serta mewujudkan inisiatif, program dan skim sokongan.
- Yayasan RISDA juga bertanggungjawab untuk menyelaras program dan inisiatif bagi penyaluran bantuan sebagai usaha mengurangkan dan merapatkan jurang kemiskinan dan kelaparan serta bantuan kepada mangsa bencana alam.
VISI
Menjadi peneraju kepada kesejahteraan komuniti RISDA dan luar bandar.
MISI
- Menyedia dan menyelaras dana serta bantuan ke arah peningkatan kesejahteraan komuniti RISDA dan luar bandar.
- Bertindak sebagai wahana penyaluran bantuan, kemudahan dan kesedaran kepada komuniti RISDA dan luar bandar.