Skim Bantuan Yayasan RISDA

SKIM INSENTIF PELAJAR KOLEJ RISDA DAN UCAM (SIPU)

PERIHAL
SYARAT KELAYAKAN1. Pelajar berumur bawah 26 tahun pada tarikh ulang tahun berikutnya (keutamaan anak pekebun kecil RISDA) yang telah mendaftar program berikut:
i. Program Sijil Kemahiran Malaysia di Kolej RISDA, atau
ii. Program Asasi / Diploma / Sarjana Muda di Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM).

2. Pendapatan isi rumah maksimum RM11,819 atau kategori M40 semasa kecuali permohonan anak staf RISDA dan Kumpulan RISDA Holdings tiada had pendapatan isi rumah.

3. Permohonan dihantar selewat-lewatnya 6 bulan selepas tarikh pendaftaran semester satu tahun pertama.
KADAR INSENTIF
RM500 sekali sahaja bagi seorang pelajar sepanjang pengajian mana-mana program di Kolej RISDA atau UCAM.
CARA MEMOHONIsi dan hantar Borang Permohonan SKIM 1/2026 serta dokumen sokongan yang lengkap dan telah disahkan kepada pihak UCAM.
DOKUMEN DIPERLUKAN1. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa atau penjaga yang disahkan.

2. Salinan penyata gaji terkini / surat pengesahan pendapatan terkini ibu dan bapa atau penjaga yang disahkan.

3. Salinan surat tawaran pengajian yang disahkan.

4. Salinan resit / slip bayaran pendaftaran yang disahkan.

5. Salinan kad / surat pengesahan / dokumen membuktikan pekebun kecil RISDA yang disahkan (jika berkaitan).

6. Salinan buku / penyata akaun bank pelajar yang disahkan.

BANTUAN SARA HIDUP PELAJAR UCAM (BSHPU)

PERIHAL
SYARAT KELAYAKAN1. Pelajar berumur bawah 26 tahun pada tarikh ulang tahun berikutnya (keutamaan anak pekebun kecil RISDA) yang telah mendaftar program Asasi, Diploma dan Sarjana Muda di UCAM.

2. Pendapatan isi rumah maksimum RM11,819 atau kategori M40 semasa.

3. Bantuan sepanjang sesi pengajian mulai tarikh pendaftaran hingga 1 hari sebelum tarikh cuti semester kecuali semasa cuti semester dan pelajar yang menerima elaun semasa menjalani Latihan Industri.

4. Pelajar memperolehi keputusan Purata Nilai Gred (PNG) sekurang-kurangnya 2.5 pada setiap semester. Bantuan semester berikutnya tidak akan dibayar sekiranya pelajar gagal memperolehi PNG 2.5 dan akan dibayar semula pada semester seterusnya jika telah memperolehi PNG 2.5. Bantuan akan ditamatkan jika pelajar gagal memperolehi PNG 2.5 bagi dua semester berturut-turut.

5. Pelajar bebas daripada hukuman tatatertib dan kesalahan jenayah.

6. Permohonan dihantar selewat-lewatnya 6 bulan selepas tarikh pendaftaran semester satu tahun pertama.
KADAR BANTUAN1. Pendapatan isi rumah RM5,249 atau kategori B40 dan ke bawah sebanyak RM15 sehari atau maksimum RM450 sebulan untuk seorang pelajar.

2. Pendapatan isi rumah RM11,819 atau kategori M40 dan ke bawah sebanyak RM10 sehari atau maksimum RM300 sebulan untuk seorang pelajar.
CARA MEMOHONIsi dan hantar Borang Permohonan SKIM 1/2026 serta dokumen sokongan yang lengkap dan telah disahkan kepada pihak UCAM.
DOKUMEN DIPERLUKAN1. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa atau penjaga yang disahkan.

2. Salinan penyata gaji terkini / surat pengesahan pendapatan terkini ibu dan bapa atau penjaga yang disahkan.

3. Salinan surat tawaran pengajian yang disahkan.

4. Salinan resit / slip bayaran pendaftaran yang disahkan.

5. Salinan kad / surat pengesahan / dokumen membuktikan pekebun kecil RISDA yang disahkan (jika berkaitan).

6. Salinan buku / penyata akaun bank pelajar yang disahkan.

BANTUAN LAPTOP YAYASAN RISDA (BLYR)

PERIHAL
SYARAT KELAYAKAN1. Anak pekebun kecil RISDA (keutamaan), anak staf RISDA / KRH dan anak pesara RISDA berumur bawah 26 tahun pada tarikh ulang tahun berikutnya yang telah mendaftar program Diploma atau Sarjana Muda di UCAM.

2. Pendapatan isi rumah maksimum RM5,249 atau kategori B40 semasa.

3. Pelajar yang tidak menerima komputer riba atau bantuan apa-apa peranti daripada pihak lain.

4. Permohonan dihantar selewat-lewatnya 6 bulan selepas tarikh pendaftaran semester satu tahun pertama.
BANTUAN
Satu unit komputer riba dan hanya layak sekali sahaja untuk seorang pelajar semasa pengajian program Diploma atau Sarjana Muda di UCAM.
CARA MEMOHONIsi dan hantar Borang Permohonan SKIM 1/2026 serta dokumen sokongan yang lengkap dan telah disahkan kepada UCAM.
DOKUMEN DIPERLUKAN1. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa atau penjaga yang disahkan.

2. Salinan penyata gaji terkini / surat pengesahan pendapatan terkini ibu dan bapa atau penjaga yang disahkan.

3. Salinan surat tawaran pengajian yang disahkan.

4. Salinan resit / slip bayaran pendaftaran yang disahkan.

5. Salinan kad / surat pengesahan / dokumen membuktikan pekebun kecil RISDA yang disahkan (jika berkaitan).

ANUGERAH YAYASAN RISDA (AYR)

PERIHAL
SYARAT KELAYAKAN1. Anak pekebun kecil RISDA (keutamaan), anak staf RISDA / KRH dan anak pesara RISDA berumur bawah 26 tahun pada tarikh ulang tahun berikutnya.

2. Pelajar yang telah menamatkan pengajian program Diploma atau Sarjana Muda (ijazah pertama) di UCAM / IPTA / IPTS pada tahun 2026.

3. Pendapatan isi rumah maksimum RM5,249 atau kategori B40 semasa kecuali permohonan anak staf RISDA / KRH tiada had pendapatan isi rumah.

4. Pelajar yang aktif kegiatan kokurikulum semasa di UCAM / IPTA / IPTS.

5. Pelajar yang menamatkan pengajian dengan keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.5 pada semester akhir tahun 2026.

6. Permohonan dihantar sebelum 31 Oktober 2026.

7. Bayaran akan dibuat terus kepada pelajar atau UCAM sekiranya terdapat tunggakan yuran pengajian.
KADAR ANUGERAHRM2,000 sekali sahaja untuk seorang pelajar sepanjang pengajian mana-mana program di UCAM / IPTA / IPTS.
CARA MEMOHON1. Pelajar UCAM dikehendaki mengisi dan menghantar Borang Permohonan SKIM 1/2026 serta dokumen sokongan yang lengkap dan telah disahkan kepada UCAM.

2. Pelajar IPTA / IPTS dikehendaki mengisi dan menghantar Borang Permohonan SKIM 1/2026 serta dokumen sokongan yang lengkap dan telah disahkan kepada Yayasan RISDA.
DOKUMEN DIPERLUKAN1. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa atau penjaga yang disahkan.

2. Salinan penyata gaji terkini / surat pengesahan pendapatan terkini ibu dan bapa atau penjaga yang disahkan.

3. Salinan surat tawaran pengajian yang disahkan.

4. Salinan transkrip akademik yang disahkan.

5. Salinan sijil kegiatan kokurikulum semasa di UCAM / IPTA / IPTS yang disahkan.

6. Salinan kad / surat pengesahan / dokumen membuktikan pekebun kecil RISDA yang disahkan (jika berkaitan).

7. Salinan buku / penyata akaun bank pelajar yang disahkan.

BIASISWA YAYASAN RISDA (BYR) – PELAJAR UCAM

PERIHAL
SYARAT KELAYAKAN1. Anak pekebun kecil RISDA (keutamaan), anak staf RISDA / KRH dan anak pesara RISDA yang telah mendaftar program Diploma dan Sarjana Muda UCAM.

2. Pendapatan isi rumah maksimum RM5,249 atau kategori B40 semasa.

3. Pelajar yang tidak menerima biasiswa atau tajaan daripada pihak lain.

4. Pelajar memperolehi keputusan Purata Nilai Gred (PNG) sekurang-kurangnya 3.0 pada setiap semester. Biasiswa semester berikutnya tidak akan dibayar sekiranya pelajar gagal memperolehi PNG 3.0 dan akan dibayar semula pada semester seterusnya jika telah memperolehi PNG 3.0. Biasiswa akan ditamatkan jika pelajar gagal memperolehi PNG 3.0 bagi dua semester berturut-turut.

5. Pelajar bebas daripada hukuman tatatertib dan kesalahan jenayah.

6. Permohonan dihantar selewat-lewatnya 6 bulan selepas tarikh pendaftaran semester satu tahun pertama.
KADAR BIASISWAKadar sebenar yuran pengajian mengikut program di UCAM.