Home Blog

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI YAYASAN RISDA

0
1. Jawatan Kerani Gred 3
2. Gaji RM1,700 hingga RM3,359

(Gaji minimum hingga maksimum)

3. Elaun Perumahan RM300
4. Taraf Jawatan Tetap
5. Tempoh Percubaan 1 Tahun
6. Kumpulan Bukan Eksekutif
7. Kekosongan Satu jawatan
8. Caruman KWSP dan PERKESO
9. Kemudahan Cuti dan perubatan
10. Syarat Kelayakan i.      Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
ii.    Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia dengan kepujian Bahasa Melayu dan Matematik.

iii.   Boleh mengendalikan perisian Microsoft Office.

11. Keutamaan i.      Memiliki sijil akaun.

ii.    Boleh bekerja melebihi masa biasa.

iii.   Boleh berkomunikasi dengan baik.

12. Deskripsi Tugas Melaksanakan tugas-tugas operasi dan  pengurusan Skim Bantuan Yayasan RISDA serta  penyediaan laporan yang berkaitan.

 

CARA PERMOHONAN

1. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan Borang Permohonan yang lengkap diisi, sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik, salinan sijil kemahiran dan lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.
2. Sila tulis nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat dan permohonan yang lengkap hendaklah dialamatkan kepada:

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN RISDA
TINGKAT 12B, MENARA KUMPULAN RISDA, JALAN AMPANG ULU 3,
55000 KUALA LUMPUR

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 3 NOVEMBER 2025

PERHATIAN:

Permohonan yang lewat diterima, tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat kelayakan akan ditolak.

Muat Turun Iklan

Muat Turun Borang Permohonan

SUMBANGAN CERIA KE SEKOLAH TAHUN 2025 PARLIMEN BAGAN DATUK

0

Sumbangan Program Ceria Ke Sekolah Tahun 2025 kepada 903 pelajar Tahun Satu Parlimen Bagan Datuk telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada 10 Mac 2025 dan YBhg. Datuk Haji Khairuddin bin Haji Tarmizi, Pegawai Khas Menteri KKDW pada 17 April 2025.

SUMBANGAN DAGING HARI RAYA AIDIL FITRI 1446 HIJRAH

0

Sumbangan daging lembu telah diagihkan kepada pekerja-pekerja kontrak ladang RISDA Estates Sdn. Bhd. (RESB) bagi menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1446 Hijrah.

SUMBANGAN SKIM BANTUAN PESAKIT KRONIK

0

Sumbangan Skim Bantuan Pesakit Kronik (SBPK) kepada dua orang staf RISDA yang menghidap penyakit kronik telah disampaikan oleh Encik Azamin bin Kamarudin, Pengurus PSM dan Korporat Yayasan RISDA .

SUMBANGAN BAKUL MADANI SAMARAHAN

0

Sumbangan bakul makanan kepada 160 orang asnaf telah disampaikan oleh YAB Dato Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air pada 21 Mac 2025 di Masjid Darul Sabirin, Kampung Empila, Samarahan sempena Majlis Santunan Kasih Ramadan KKDW Tahun 2025.

SUMBANGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT RISDA

0

Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) RISDA kepada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Sindrom Down dan Persatuan Taska Anak Istimewa Sindrom Down, Putrajaya serta Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra dan Madrasah Tahfiz Al-Quran Syazwan, Ampang telah disampaikan oleh YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA dan Yayasan RISDA pada 20 Mac 2025 di Dewan Korporat, Menara Kumpulan RISDA sempena Majlis Iftar RISDA 2025. Sebanyak 500 bekas bubur lambuk juga telah disumbangkan kepada staf RISDA dan Kumpulan RISDA Holdings pada majlis yang sama.

SUMBANGAN BAKUL MADANI LAHAD DATU

0

Sumbangan bakul makanan kepada 20 orang ibu tunggal dan duit raya kepada 20 orang anak yatim Parlimen Lahad Datu telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah pada 19 Mac 2025 di D’Ceria Ballroom, Sri Perdana, Lahad Datu, Sabah sempena Program Santunan Kasih Ramadan 2025.

SUMBANGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT RISDA

0

Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) RISDA kepada Kesatuan Pekerja-Pekerja RISDA Semenanjung telah disampaikan oleh Encik Azamin bin Kamarudin, Pengurus PSM dan Korporat Yayasan RISDA pada 19 Mac 2025.

SUMBANGAN BISKUT RAYA AIDIL FITRI 1446 HIJRAH

0

Sumbangan biskut raya kepada 74 orang pekerja kontrak terdiri daripada Pekerja Pembersihan dan Pengawal Keselamatan telah disampaikan oleh Encik Azamin bin Kamarudin, Pengurus PSM dan Korporat Yayasan RISDA pada 19 Mac 2024.

SUMBANGAN JOM KE SEKOLAH (JKS) 2025 SAMARAHAN

0

Sumbangan Program Jom Ke Sekolah (JKS) 2025 Samarahan dengan kerjasama pihak Yayasan Taqwa kepada 600 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah Parlimen Samarahan telah disampaikan oleh YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah pada 17 Mac 2025 di Dewan Suarah, Samarahan, Sarawak.