Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) RISDA kepada Pertubuhan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Bandar Tenggara, anak-anak yatim, pelajar-pelajar tahfiz, mangsa-mangsa banjir Kg. Aman, Tenggara dan Masjid Darun Nadwah, FELDA Penggeli Timur telah disampaikan oleh YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA dan Yayasan RISDA pada 15 Mac 2025 di Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Bandar Tenggara, Kota Tinggi, Johor sempena Majlis Iftar Ramadan Parlimen Tenggara Tahun 2025.
SUMBANGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT RISDA
Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) RISDA kepada Masjid Al-Hakim, Padang Malau Beseri, Masjid Al-Munir, Batu 5 Kuala Perlis, Masjid Al-Ikram, Kg. Sena Arau dan Masjid An-Nur, UiTM Cawangan Perlis telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah pada 14 Mac 2025 di UiTM Cawangan Perlis, Kampus Arau.
SUMBANGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT RISDA
Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) RISDA kepada Surau Agropolitan Chemomoi, Bentong, Pahang telah disampaikan oleh Encik Wan Mohd Hafiz bin Wan Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan RISDA pada 13 Mac 2025 kepada Pengarah RISDA Negeri Pahang.
SUMBANGAN JOM KE SEKOLAH 2025 TERENGGANU
Sumbangan Jom Ke Sekolah (JKS) 2025 Terengganu dengan kerjasama pihak Yayasan Taqwa kepada 500 pelajar asnaf negeri Terengganu telah disampaikan oleh Encik Halizan bin Mat Yusof, Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu dan Encik Wan Mohd Hafiz bin Wan Ibrahim, Caretaker Yayasan RISDA pada 28 Februari 2025 di Dewan Serbaguna Kelab Kilat TNB Kuala Berang, Hulu Terengganu.
SUMBANGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT RISDA
Sumbangan Skim Bantuan Persekolahan (SBP), Food Bank Majlis Perwakilan Pelajar UCAM dan Persatuan Sindrom Down Malaysia telah disampaikan oleh YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA dan Yayasan RISDA pada 27 Februari 2025 di Auditorium Sultan Ahmad Shah, Ibu Pejabat RISDA sempena Majlis Perhimpunan Bulanan RISDA anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.
SUMBANGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT RISDA
Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) RISDA kepada Kelab Mahasiswa Paya Besar, Masjid Tepian Putra, Kuantan dan Persatuan Petani Dan Penternak Parlimen Kuantan telah disampaikan oleh YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA dan Yayasan RISDA pada 21 Februari 2025 di pekarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang sempena Karnival RISDA Madani (KARRISMA) Zon Timur Tahun 2025.
SUMBANGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT YAYASAN RISDA
Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Yayasan RISDA berupa dua unit kerusi roda dan satu unit pengusung kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RISDA Holdings Sdn. Bhd. bagi kegunaan semasa kecemasan di bangunan Menara Kumpulan RISDA telah disampaikan oleh Encik Mohamad Hilmi bin Abdul Hamid, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan RISDA pada 29 November 2024 di pejabat Yayasan RISDA.






























