Home Blog Page 4

SUMBANGAN MUTIARA RISDA DAN SKIM BANTUAN YAYASAN RISDA NEGERI TERENGGANU

0

Siri jelajah YR ke negeri-negeri dan taklimat Skim Bantuan Yayasan RISDA Tahun 2024 kepada staf RISDA Negeri Terengganu telah diadakan pada 19 Ogos 2024 di Pejabat RISDA Negeri Terengganu. Penyerahan 7 set Mutiara RISDA (buku surah dan doa pilihan) kepada Pejabat RISDA Negeri dan Pejabat RISDA Daerah di Negeri Terengganu serta penyerahan Skim Bantuan Anak Istimewa (SAIS) kepada 2 orang anak staf RISDA Negeri Terengganu telah disempurnakan oleh Caretaker YR Encik Wan Mohd Hafiz bin Wan Ibrahim pada majlis yang sama.

SUMBANGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT RISDA

0

Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) RISDA kepada tiga masjid, satu madrasah dan balai raya di Gua Musang, Kelantan telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah pada 15 Ogos 2024 di Kampung Star, Gua Musang, Kelantan sempena Hari Terbuka RISDA Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2024.

ANUGERAH UMRAH YAYASAN RISDA TAHUN 2024

0

Anugerah Umrah Yayasan RISDA kepada 25 orang penerima yang terdiri daripada staf RISDA, Kumpulan RISDA Holdings dan pesara RISDA telah disampaikan oleh YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA dan Yayasan RISDA pada 14 Ogos 2024 di Kitchen by Openhouse, Aras 5, Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sempena Majlis Pelepasan Jemaah Umrah Yayasan RISDA Tahun 2024.

SUMBANGAN IHSAN MANGSA KEBAKARAN RISDA PLANTATION SDN. BHD.

0

Sumbangan Ihsan Bencana Alam Dan Kebakaran kepada satu orang staf RISDA Plantation Sdn. Bhd. (RPSB) mangsa kebakaran rumah di Kampung Jaya Setia, Sungai Siput, Perak telah disampaikan oleh Encik Mohamad Arif bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif RPSB pada 14 Ogos 2024.

SUMBANGAN BAKUL MADANI DAN SKIM BANTUAN PESAKIT KRONIK NEGERI KELANTAN

0

Sumbangan Bakul Madani kepada 300 orang asnaf dan Skim Bantuan Pesakit Kronik (SBPK) kepada satu orang staf telah disampaikan oleh YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA dan Yayasan RISDA pada 9 Ogos 2024 di Bertam, Nenggiri, Kelantan sempena Kunjungan Kasih RISDA.

SUMBANGAN SKIM BANTUAN YAYASAN RISDA NEGERI SEMBILAN

0

Sumbangan Skim Bantuan Anak Istimewa (SAIS) kepada lima Orang Kelainan Upaya anak staf RISDA Negeri Sembilan telah disampaikan oleh Encik Wan Mohd Hafiz bin Wan Ibrahim, Caretaker Yayasan RISDA pada 7 Ogos 2024 di Pusat Latihan RISDA (RISTEC), Port Dickson, Negeri Sembilan.

SUMBANGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT RISDA

0

Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) RISDA kepada Encik Aniq bin Kasdan anak pekebun kecil RISDA yang mewakili Malaysia acara angkat berat Sukan Olimpik Paris 2024 telah disampaikan oleh YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA dan Yayasan RISDA pada 4 Ogos 2024 di Kampung Paya Besar, Segamat.

SUMBANGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT YAYASAN RISDA

0

Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Yayasan RISDA kepada Persatuan Pesara RISDA Malaysia (PERSADA) telah disampaikan oleh YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA dan Yayasan RISDA pada 1 Ogos 2024 di Dewan Korporat, Menara Kumpulan RISDA sempena Mesyuarat Agung Tahunan PERSADA Kali Ke-10.

SUMBANGAN SKIM BANTUAN YAYASAN RISDA NEGERI TERENGGANU

0

Sumbangan Skim Bantuan Anak Istimewa (SAIS) kepada lima Orang Kelainan Upaya anak staf RISDA Negeri Terengganu telah disampaikan oleh Encik Wan Mohd Hafiz bin Wan Ibrahim, Caretaker Yayasan RISDA pada 3 Julai 2024 di Pejabat RISDA Negeri Terengganu.

Sumbangan lembu korban sebanyak 17 ekor

0

Sumbangan lembu korban sebanyak 17 ekor telah diserahkan kepada Ahli Parlimen Kota Samarahan, Kumpulan RISDA Holdings, Ibu Pejabat RISDA dan 13 Pejabat RISDA Negeri untuk program Ibadah Korban Tahun 1445 Hijrah yang diadakan di antara 17 hingga 20 Jun 2024.