Sumbangan Program Ceria Ke Sekolah Tahun 2025 kepada 903 pelajar Tahun Satu Parlimen Bagan Datuk telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada 10 Mac 2025 dan YBhg. Datuk Haji Khairuddin bin Haji Tarmizi, Pegawai Khas Menteri KKDW pada 17 April 2025.
SUMBANGAN BAKUL MADANI SAMARAHAN
Sumbangan bakul makanan kepada 160 orang asnaf telah disampaikan oleh YAB Dato Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air pada 21 Mac 2025 di Masjid Darul Sabirin, Kampung Empila, Samarahan sempena Majlis Santunan Kasih Ramadan KKDW Tahun 2025.
SUMBANGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT RISDA
Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) RISDA kepada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Sindrom Down dan Persatuan Taska Anak Istimewa Sindrom Down, Putrajaya serta Pertubuhan Kebajikan Pusat Jagaan Sri Mesra dan Madrasah Tahfiz Al-Quran Syazwan, Ampang telah disampaikan oleh YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA dan Yayasan RISDA pada 20 Mac 2025 di Dewan Korporat, Menara Kumpulan RISDA sempena Majlis Iftar RISDA 2025. Sebanyak 500 bekas bubur lambuk juga telah disumbangkan kepada staf RISDA dan Kumpulan RISDA Holdings pada majlis yang sama.
SUMBANGAN BAKUL MADANI LAHAD DATU
Sumbangan bakul makanan kepada 20 orang ibu tunggal dan duit raya kepada 20 orang anak yatim Parlimen Lahad Datu telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah pada 19 Mac 2025 di D’Ceria Ballroom, Sri Perdana, Lahad Datu, Sabah sempena Program Santunan Kasih Ramadan 2025.
SUMBANGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT RISDA
Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) RISDA kepada Kesatuan Pekerja-Pekerja RISDA Semenanjung telah disampaikan oleh Encik Azamin bin Kamarudin, Pengurus PSM dan Korporat Yayasan RISDA pada 19 Mac 2025.
SUMBANGAN BISKUT RAYA AIDIL FITRI 1446 HIJRAH
Sumbangan biskut raya kepada 74 orang pekerja kontrak terdiri daripada Pekerja Pembersihan dan Pengawal Keselamatan telah disampaikan oleh Encik Azamin bin Kamarudin, Pengurus PSM dan Korporat Yayasan RISDA pada 19 Mac 2024.
SUMBANGAN JOM KE SEKOLAH (JKS) 2025 SAMARAHAN
Sumbangan Program Jom Ke Sekolah (JKS) 2025 Samarahan dengan kerjasama pihak Yayasan Taqwa kepada 600 pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah Parlimen Samarahan telah disampaikan oleh YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah pada 17 Mac 2025 di Dewan Suarah, Samarahan, Sarawak.
SUMBANGAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT RISDA
Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) RISDA kepada Pertubuhan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Bandar Tenggara, anak-anak yatim, pelajar-pelajar tahfiz, mangsa-mangsa banjir Kg. Aman, Tenggara dan Masjid Darun Nadwah, FELDA Penggeli Timur telah disampaikan oleh YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA dan Yayasan RISDA pada 15 Mac 2025 di Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Bandar Tenggara, Kota Tinggi, Johor sempena Majlis Iftar Ramadan Parlimen Tenggara Tahun 2025.