Sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Yayasan RISDA berupa dua unit kerusi roda dan satu unit pengusung kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RISDA Holdings Sdn. Bhd. bagi kegunaan semasa kecemasan di bangunan Menara Kumpulan RISDA telah disampaikan oleh Encik Mohamad Hilmi bin Abdul Hamid, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan RISDA pada 29 November 2024 di pejabat Yayasan RISDA.