Penyerahan sumbangan Korporat YR dan 6 set Mutiara RISDA (buku surah dan doa pilihan) kepada 6 buah maahad tahfiz dan pondok sempena Majlis Santunan Kasih Ramadan Tahun 1445 Hijrah telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah YAB Dato’ Seri Diraja Dr Ahmad Zahid bin Hamidi pada 29 Mac 2024 di Dewan Perdana, Kompleks UMNO Bagan Datuk, Perak.