Anugerah Umrah Yayasan RISDA kepada 25 orang penerima yang terdiri daripada staf RISDA, Kumpulan RISDA Holdings dan pesara RISDA telah disampaikan oleh YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA dan Yayasan RISDA pada 14 Ogos 2024 di Kitchen by Openhouse, Aras 5, Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sempena Majlis Pelepasan Jemaah Umrah Yayasan RISDA Tahun 2024.


