| 1. | Jawatan | Kerani Gred 3 |
| 2. | Gaji | RM1,700 hingga RM3,359
(Gaji minimum hingga maksimum) |
| 3. | Elaun Perumahan | RM300 |
| 4. | Taraf Jawatan | Tetap |
| 5. | Tempoh Percubaan | 1 Tahun |
| 6. | Kumpulan | Bukan Eksekutif |
| 7. | Kekosongan | Satu jawatan |
| 8. | Caruman | KWSP dan PERKESO |
| 9. | Kemudahan | Cuti dan perubatan |
| 10. | Syarat Kelayakan | i. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas. |
| ii. Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia dengan kepujian Bahasa Melayu dan Matematik.
iii. Boleh mengendalikan perisian Microsoft Office. |
||
| 11. | Keutamaan | i. Memiliki sijil akaun.
ii. Boleh bekerja melebihi masa biasa. iii. Boleh berkomunikasi dengan baik. |
| 12. | Deskripsi Tugas | Melaksanakan tugas-tugas operasi dan pengurusan Skim Bantuan Yayasan RISDA serta penyediaan laporan yang berkaitan.
|
CARA PERMOHONAN
| 1. | Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan Borang Permohonan yang lengkap diisi, sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik, salinan sijil kemahiran dan lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan. |
| 2. | Sila tulis nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat dan permohonan yang lengkap hendaklah dialamatkan kepada:
TINGKAT 12B, MENARA KUMPULAN RISDA, JALAN AMPANG ULU 3, 55000 KUALA LUMPUR |
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 3 NOVEMBER 2025
PERHATIAN:
Permohonan yang lewat diterima, tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat kelayakan akan ditolak.


