Yayasan RISDA atau ringkasannya YR adalah merupakan Syarikat Milikan RISDA sepenuhnya dan telah diluluskan penubuhannya oleh Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA Ke-224 pada 21 Februari 2013. YR merupakan Syarikat Berhad tanpa modal saham yang tertakluk kepada Akta Syarikat 1965.
Setelah melalui beberapa peringkat penilaian dan kelulusan, YR akhirnya telah diperbadankan pada tanggal 22 Disember 2015.
YAYASAN RISDA mula beroperasi secara rasmi pada 4 Januari 2016.