Sejarah Penubuhan

Yayasan RISDA atau ringkasannya YR adalah merupakan Syarikat Milikan RISDA sepenuhnya dan telah diluluskan penubuhannya oleh Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA Kali Ke-224 pada 21 Februari 2013. YR merupakan Syarikat Berhad tanpa modal saham yang tertakluk kepada Akta Syarikat 1965. 

Setelah melalui beberapa peringkat penilaian dan kelulusan, YR akhirnya telah diperbadankan secara rasmi mulai 22 Disember 2015. YAYASAN RISDA mula beroperasi secara rasmi pada 4 Januari 2016.

Objektif Penubuhan

  • Yayasan RISDA atau YR ditubuhkan untuk menyelaras dan melaksanakan aktiviti dan aspek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi penyaluran bantuan sebagai usaha mengurangkan dan merapatkan jurang kemiskinan serta kelaparan masyarakat di luar bandar khususnya.
  • Mengurus dan mentadbir dana untuk faedah dan kebajikan Pekebun Kecil, warga RISDA, warga Syarikat Milikan RISDA (SMR) dan pesara-pesara RISDA khususnya dan rakyat Malaysia amnya melalui latihan dan pendidikan, pembangunan sukan dan kesihatan, ransangan sosio-ekonomi dan kebudayaan serta peruntukan kemudahan tambahan.
  • Mewujud dan menyediakan inisiatif atau dana kepada golongan miskin, kelainan upaya, anak yatim dan ibu tunggal melalui peruntukan dalam bentuk derma, bantuan kewangan dan kemudahan yang perlu.

Bantuan Yang Disediakan

Skim Bantuan Pelajaran (Skim Biasiswa Anak Pekebun Kecil)
Skim Bantuan Anak Yatim Dan Ibu Tunggal
Skim Bantuan Sukan
Skim Bantuan Pelajar
Skim Bantuan OKU
Skim Bantuan Bencana Alam
Skim Bantuan Kemajuan Keluarga Biasiswa IPT Anak Pekebun Kecil.

Sample title